BM | EN | 中文

Ada aduan perniagaan dan syarikat di Johor langgar PKP

Perintah-Kawalan-Pergerakan.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 7 APR: Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Vidyananthan Ramanadhan berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai pelanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh perniagaan dan syarikat di Johor.

Menurutnya sepanjang tempoh PKP bermula 18 Mac sehingga 6 April 2020, sebanyak 946 aduan melalui panggilan telefon telah diterima dan sejumlah 36 aduan tersebut telah dijalankan siasatan.

“Hasil dari siasatan yang dijalankan, empat majikan sahaja yang didapati gagal mematuhi PKP dan diberi notis penutupan walaupun telah dinasihatkan oleh Pasukan Khas Penguatkuasa.

Advertisement

“Namun begitu, pihak JTK sedang menjalankan sesi mediasi bagi membantu 19 majikan yang telah mengisi borang permohonan pemberhentian dengan jumlah pekerja seramai 600 orang,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor bersama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Johor telah diberi kuasa di bawah Seksyen 3 dan 18(1)(F) Akta 342 berhubung tindakan yang diambil terhadap syarikat yang menjalankan operasi perniagaan semasa tempoh PKP.

Dalam pada itu, antara jenis aduan yang diterima dan disiasat ialah syarikat beroperasi tanpa mendapat surat kebenaran daripada pihak berkuasa, syarikat bukan dikategorikan sebagai essential services (perkhidmatan perlu) dan pemberhentian kerja (Secara tetap, sukarela, sementara dan pengurangan gaji).

Advertisement

Selain itu ada juga syarikat yang tidak membayar gaji semasa tempoh PKP, menolak gaji dan cuti tahun/memaksa mengambil cuti tanpa gaji serta gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top