BM | EN | 中文

ACP Rupeah ketua polis daerah wanita pertama di Johor

ACP-Rupeah-ketua-polis-daerah-wanita-pertama-di-Johor.jpg

JOHOR BAHRU, 15 SEPT: Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) ACP Rupeah Abd Wahid yang baru dilantik, adalah pegawai polis wanita pertama di Johor yang diangkat ke jawatan berkenaan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata beliau percaya ketua polis yang baharu itu itu mampu menggalas tugas sebaiknya berbekalkan pengalaman yang dimiliki.

“Kalau kita tengok kebanyakan pengarah-pengarah agensi perisikan seperti CIA (Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat), kebanyakannya adalah wanita.

“Jadi, kelebihan wanita ini adalah mereka seorang yang teliti,” kata beliau selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan ketua polis daerah JBU di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini, semalam.

Sementara itu, Rupeah, 57, berasal dari Batu Pahat, yang sebelum ini merupakan juru iring kepada Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah berkata, tumpuan beliau sejurus menjawat jawatan itu adalah untuk memastikan keselamatan rakyat di sekitar bandar raya.

“Saya hanya akan menjalankan tugas demi pastikan rakyat di bawah kawasan Johor Bahru ini selamat,” kata beliau nya yang sudah 39 tahun berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top