BM | EN | 中文

ACO pasang stesen pengecas terpantas kenderaan elektrik di Johor Bahru

ACO-Group-Bhd.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 18 OKT: ACO Group Bhd bekerjasama dengan EV Connection Sdn Bhd untuk memasang stesen pengecasan pantas arus-terus (DC) di ibu pejabat baharu ACO di Johor Bahru dengan kapasiti 180-kilowatt (kW), yang menjadi salah satu stesen kelajuan pengecasan terpantas di Malaysia dan pertama di Johor.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata pemilik kenderaan elektrik (EV) boleh memandu ke ibu pejabat ACO bagi mengecas kenderaan mereka sehingga 180kW yang mengambil masa sehingga 30 minit untuk mengecas kereta berbanding mengecas menggunakan arus ulang-alik (AC) yang mengambil masa enam hingga 10 jam untuk cas penuh.

Pengarah Urusan Kumpulan Tang Pee Tee berkata industri EV Malaysia menyediakan peluang yang besar untuk kumpulan dan ia berhasrat memperluaskan penglibatan dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV melalui pelaburan strategik dalam EV Connection.

Advertisement

Sehubungan itu, ACO Group telah mencadangkan untuk memperoleh 10 peratus kepentingan dalam EV Connection. penyedia perkhidmatan mobiliti elektrik sehenti, dengan pertimbangan tunai RM1 juta untuk memanfaatkan prospek pertumbuhan yang meningkat dalam EV.

“Bersama dengan EV Connection, kami menyasarkan untuk terlibat dalam meningkatkan rangkaian pengecas EV di Malaysia bagi membuka jalan untuk penggunaan EV yang lebih besar dan menyokong desakan untuk memacu penyahkarbon,” kata Tang.

Beliau menambah kedua-dua syarikat akan memanfaatkan kekuatan masing-masing. yang mana penawaran dan kewujudan produk ACO yang luas di Malaysia dan pengetahuan teknikal EV Comection yang kukuh dalam infrastruktur EV, boleh mempercepatkan lagi penggunaan stesen pengecasan EV di Malaysia.

Advertisement

Pada 2.54 petang, saham ACO turun 4.5 sen kepada 34 sen dengan 33.68 luta saham diniagakan.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top