BM | EN | 中文

Acara WAIC 2021 SEA platform teroka peranan kecerdasan buatan (AI)

waic-2021.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 7 JUL: Persidangan Kecerdasan Buatan (Al) Dunia 2021 Asia Tenggara (WAIC 2021 SEA) yang julung kali diadakan secara maya pada 8 Julai, 2021, berperanan sebagai platform bagi meninjau peranan teknologi tersebut dalam era global baharu.

Penganjur bersama, Skymind Holdings Bhd dalam kenyataan pada Selasa menyatakan, acara tersebut akan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan serantau yang merangkumi ahli akademik, wakil kerajaan dan sektor swasta untuk saling berbincang mengenai potensi serta kaedah memanfaatkan AI untuk mewujudkan masa depan lebih cerah.

Menurutnya, WAIC 2021 SEA juga bermatlamat mengetengahkan isu-isu berbangkit yang mencabar minda dalam sesi bertajuk ‘Winning the war in the quest for elusive artificial intelligence (Al) talent’

Advertisement

Topik itu antara lainnya memberi tumpuan terhadap prospek tenaga kerja atau bakat Al di rantau ini serta keperluan meneliti semula pendekatan tradisional bagi strategi melibatkan pihak industri-akademik.

Sesi lain termasuk perbincangan mengenai keperluan sinergi antara sektor awam dan swasta serta menjawab persoalan mengenai langkah bagi menjadikan wawasan ekonomi berteraskan inovasi dan Al dapat menjadi kenyataan.

Tumpuan khusus turut menyentuh aspek zon ekonomi khas bagi inovasi yang berpotensi sebagai nukleus !novas’ AI, demikian menurut Skymind.

Advertisement

Acara tersebut akan disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad dan Exco Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Johor Datuk Mohd lzhar Ahmad.

WAIC 2021 SEA adalah sebahagian daripada Persidangan Al Dunia Shanghai 2021.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top