BM | EN | 中文

Acara Sukma 2020 dimuktamad bulan depan

Ketua-Pengarah-Majlis-Sukan-Negara-Datuk-Ahmad-Shapawi-Ismail.-1.png

KULAI, 7 OGOS: Jawatankuasa penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2020 dijangka akan memuktamadkan jumlah sukan yang dipertandingkan dalam tempoh satu bulan lagi, menurut Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Ahmad Shapawi berkata jawatankuasa penganjur  juga sedang berunding dengan Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berhubung status sukan tersebut yang masih lagi belum diputuskan untuk dipertandingkan atau tidak.

“Setakat ini perbincangan berjalan lancar dan jawatankuasa penganjur juga telah menetapkan beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh PABM.

“InsyaAllah, jawatankuasa penganjur akan mengumumkan jumlah sukan yang akan dipertandingkan dalam Sukma 2020 yang Johor menjadi tuan rumahnya, September ini,” kata Ahmad Shapawi dalam sidang media yang berlangsung selepas ‘Majlis Pelancaran Maskot dan Logo Sukma XX Johor 2020’ di Senai, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Datuk Mohd. Noorazam Osman dan Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukma Johor, On Jabar.

Sukan angkat berat berdepan kemungkinan digugurkan dari Sukma 2020 susulan dari beberapa isu doping yang melibatkan atlet angkat berat sebelum ini.

Johor akan menganjurkan Sukma edisi yang ke-2020 dari 11-19 Julai tahun hadapan, sementara kejohanan Para Sukma pula akan berlangsung pada Ogos 16-23.

Ini merupakan kali kedua Johor akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut selepas kali pertama menganjurkan Sukma edisi ke-4 pada tahun 1992.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top