BM | EN | 中文

Acara makan durian: Polis panggil MP Batu Pahat dan 14 yang lain

Polis-panggil-MP-Batu-Pahat-dan-14-yang-lain.jpg
Advertisement

BATU PAHAT, 3 JUL: Polis memanggil 15 individu termasuk ahli parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon bagi membantu siasatan berhubung klip video yang menunjukkan sekumpulan individu tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan di sebuah kebun durian, di Batu Pahat, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, Timbalan Speaker Dewan Rakyat itu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada pukul 3 petang, Khamis lepas.

“Polis selesai merakam keterangan kesemua 15 individu berkenaan dan akan melengkapkan siasatan serta merujuk kes itu kepada Pejabat Pendakwa Raya.

Advertisement

“Kes akan disiasat mengikut Peraturan 18(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021,” katanya, lapor Malaysiakini.

Minggu lalu tersebar rakaman video 13 saat di media sosial memaparkan ahli parlimen Batu Pahat itu bersama sekumpulan individu menikmati durian.

Pada mulanya dia berkata acara itu berlaku tahun lalu, namun Rashid kemudian mengaku menyertai kenduri durian berkenaan dan meminta maaf atas kesalahannya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top