BM | EN | 中文

AADK Johor sasar saring 20,000 pelajar tahun depan

AADK.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 27 OKT: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Johor menyasarkan untuk menyaring seramai 20,000 pelajar tingkatan empat dan lima tahun di negeri itu tahun depan berbanding hanya 10,132 pelajar tahun ini.

Pengarahnya Azli Ubin berkata saringan berterusan perlu dilakukan kerana percaya lebih ramai pelajar terbabit dengan penyalahgunaan dadah berbanding jumlah yang berjaya dikesa.

“Pada saringan pertama, kita telah menyaring seramai 10,132 pelajar daripada 280 buah sekolah menengah seluruh Johor dan mendapati 177 daripada mereka positif dadah, namun ketika saringan kedua dibuat terhadap sebilangan pelajar yang dikesan positif itu mendapati lapan daripadanya masih positif dadah.

Advertisement

“Oleh itu, langkah pengesanan dan intervensi awal perlu dilakukan khususnya terhadap pelajar sekolah menengah bagi mengelakkan mereka terjebak dengan penyalahgunaan dadah,” katanya, lapor Bernama.

Menurut Azli, ujian saringan dibuat bukan bertujuan untuk memalukan mana-mana pihak termasuk sekolah tetapi sebagai langkah pencegahan awal bagi membantu pelajar terbabit keluar dari belenggu penagihan dadah.

“Sekiranya langkah ini tidak diambil, kita bimbang pelajar ini akan terus dibelenggu penagihan selain terjebak dalam pelbagai masalah lain termasuk melakukan jenayah.

Advertisement

“Lagipun, golongan ini bakal memasuki alam belia yang mana berdasarkan statistik penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun di Malaysia adalah sebanyak 68.7 peratus dan ia adalah satu angka yang sangat tinggi,” katanya.

Azli berkata berdasarkan penemuan AADK Johor, dadah jenis methamphetamine adalah yang paling popular digunakan oleh pelajar selepas ganja dan heroin.

“Tahun ini, pelajar yang kita kesan positif dadah juga membabitkan mereka yang menggunakan satu jenis dadah sahaja, berbanding tahun lalu di mana ada pelajar yang kita kesan mengambil dua jenis dadah pada masa sama.

Advertisement

“Ini amat membahayakan kerana kesannya boleh mendatangkan masalah terhadap kesihatan mental,” katanya.

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top