BM | EN | 中文

991 GRADUAN KPYPJ BAKAL DIRAIKAN PADA MAJLIS KONVOKESYEN SABTU INI

kolej-yayasan-pelajaran-johor.png
Advertisement

JOHOR BAHRU, 12 SEPT: Seramai 991 graduan Kumpulan Pendidikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) bakal menerima diploma dan sijil masing-masing pada Majlis Konvokesyen KPYPJ ke-22 di Dewan Besar Kolej Yayasan Pelajaran Johor, Kota Tinggi, pada Sabtu ini.

Daripada jumlah graduan berkenaan, 750 daripadanya merupakan graduan diploma manakala bakinya adalah graduan Kolej Kemahiran Johor (KKJ), menurut kenyataan KPYPJ, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan akan disempurnakan oleh Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal bagi sesi pagi untuk pelajar diploma manakala bagi sesi petang akan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Aminolhuda Hassan untuk graduan gabungan sijil dan diploma.

Advertisement

Dua anugerah utama juga akan disampaikan iaitu Anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor (Akademik) yang akan disampaikan sendiri oleh Dr Sahruddin kepada graduan paling cemerlang KPYPJ dan satu lagi Anugerah Pingat Emas Menteri Besar Johor (Kemahiran) yang dianugerahkan kepada graduan paling cemerlang bagi pelajar KKJ oleh Aminolhuda.

Majlis konvokesyen ini juga diserikan dengan Festival Konvokesyen KPYPJ (FESKO) 2019 yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPYPJ Nasri Mohd Ali yang akan berlangsung selama empat hari iaitu dari 11 hingga 14 Sept bertempat di Dataran Blok E (Senibina) KYPJ.

Antara keunikan FESKO kali ini adalah Festival Senibina yang mempamerkan hasil kerja pelajar Diploma Seni Bina (Reka Bentuk Dalaman) seperti arca, model artwork (freehand dan digital), model-model rumah dan pelbagai kedai jualan disediakan.

Advertisement

Bernama

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top