BM | EN | 中文

97 PENJAJA WARUNG KEKAL TANPA KEBENARAN

Amran-2-e1570002106608.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 OKT : Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengesan terdapat 97 penjaja warung kekal yang didirikan tanpa kebenaran di kawasan perindustrian Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman berkata, daripada jumlah ini, ia melibatkan kawasan perindustrian Desa Cemerlang yang membabitkan 51 warung kekal.

“Siasatan ini dijalankan hasil daripada aduan orang awam, rondaan secara berkala selain bancian yang telah dilaksanakan.

Advertisement

“Sehubungan itu, MBJB telah mengeluarkan notis kepada kesemua penjaja-penjaja tanpa lesen di kawasan perindustrian tersebut,” katanya pada Mesyuarat Penuh MBJB, di sini, hari ini.

Amran berkata, daripada 51 buah warung kekal yang dinotiskan itu, tujuh warung telah dirobohkan strukturnya pada Julai lepas.

“Tujuh buah warung ini telah dirobohkan terlebih dahulu kerana ianya sama ada tidak beroperasi atau merupakan warung baru yang didirikan tetapi masih belum menjalankan perniagaan.

Advertisement

“Baki-baki warung kekal ini masih tidak dirobohkan kerana perlu dijalankan taskforce bersama jabatan dalaman MBJB, operasi bersepadu bersama SWCorp dan SWM bagi tujuan pembersihan,” katanya.

Ujarnya lagi, tindakan meroboh ini dijalankan di bawah peruntukkan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Seksyen 46 (i) (a).

“Di bawah peruntukkan itu mereka melakukan kerana kesalahan membina, mendirikan atau diselenggara sesuatu tembok, pagar, susur, tiang atau apa-apa himpunan sesuatu benda atau halangan lain di mana-mana tempat awam,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top