BM | EN | 中文

969 institusi pendidikan Islam di Johor ditutup mulai esok

tosrin_jarvanthi_johor.jpeg

Tosrin Jarvanthi (Gambar Ehsan Malay Mail)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 8 NOV: Sebanyak 969 buah institusi pendidikan Islam kerajaan dan swasta di Johor akan ditutup mulai esok sehingga ke 17 Dis, iaitu hari akhir persekolahan tahun ini dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian penularan COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata penutupan melibatkan 195 buah Tadika Agama Johor, 571 buah Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor dan 109 madrasah tahfiz swasta di negeri ini.

“Sepanjang tempoh penutupan tersebut, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara pembelajaran dari rumah, mengikut kesesuaian guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah,” menurut beliau dalam satu kenyataan di sini.

Advertisement

Tosrin berkata peperiksaan yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) seperti Peperiksaan Ujian Kelayakan Darjah Khas, Sijil Darjah Khas Agama dan Sijil Menengah Agama ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Takwim penggal persekolahan dan cuti persekolahan bagi 2021 juga akan diselaraskan semula oleh Bahagian Pendidikan Islam JAINJ.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top