BM | EN | 中文

93 tandas dalam MBJB dikategori lima bintang

tandas-awam.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 29 JAN: Sebanyak 92 unit tandas awam milik Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan 1,996 unit tandas awam bukan milik MBJB telah diaudit oleh Jabatan Kesihatan MBJB sepanjang tahun lalu.

Datuk Bandar MBJB, Datuk Adib Azhari Daud berkata, daripada keseluruhan jumlah tandas yang diaudit, hanya 93 unit telah dikategorikan sebagai lima bintang.

Katanya, manakala, 359 unit dikategorikan empat bintang, 740 dinilai tiga bintang dan selebihnya dikategorikan dua bintang, satu bintang  serta tiada bintang.

Advertisement

“Tahniah kepada semua pihak yang telah berjaya menerima anugerah lima bintang dan seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka layak untuk dicalonkan ke Pertandingan Pengiktirafan Tandas Awam Bersih Peringkat Kebangsaan.

“Pertandingan itu adalah anjuran Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diadakan setiap tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Mesyuarat Penuh Bilangan 1 Tahun 2020 di Dewan Inai Merah, hari ini.

Advertisement

Adib Azhari berkata, untuk makluman juga, MBJB sedang merancang untuk menganjurkan Anugerah Tandas Awam Bersih Peringkat MBJB.

“Anugerah itu bagi memberi penghargaan yang akan disampaikan kepada pemilik-pemilik tandas awam yang berjaya mendapatkan penilaian lima bintang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan warga bandar raya agar sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengurangkan risiko untuk dijangkiti virus koronavirus yang boleh membunuh ini.

Advertisement

“Setakat ini, masih belum ada penawar atau ubat yang boleh mengubati mereka yang dijangkiti virus ini.

“Disebabkan itu, adalah mustahak bagi kita untuk menuruti segala pesanan dan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa bagi memastikan virus yang ada ini dapat dikawal dan seterusnya dilenyapkan sama sekali,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top