BM | EN | 中文

908,000 KG KARBON DIOKSIDA BERJAYA DIKURANGKAN MELALUI PENGANJURAN IMELC

Chen-Choon.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 13 NOV : Sebanyak 908,000 kilogram karbon dioksida telah berjaya dikurangkan bagi tahun ini melalui penganjuran Iskandar Malaysia Ecolife Challenge (IMELC).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon berkata, program berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran gaya hidup masyarakat rendah karbon.

Katanya, ini melalui aktiviti penjimatan elektrik, air dan pengumpulan bahan kitar semula untuk seluruh warga sekolah dan juga ahli keluarga.

Advertisement

“Program ini bermula pada tahun 2013  dengan 23 sekolah dan kini melibatkan 475 sekolah rendah di seluruh negeri Johor.

“Berdasarkan maklumat yang dikumpul, pencapaian pada tahun ini sebanyak 143 buah sekolah yang menghantar resit telah berjaya mengumpul 185,000 kg barangan kitar semula.

“Ini sekaligus berjaya menjana pendapatan terkumpul sebanyak RM42 juta,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Pertandingan Akhir IMELC 2019 di AEON Mall Bandar Dato’ Onn, semalam.

Chen Choon yang juga Adun Jementah memberitahu, sebanyak 207 buah sekolah yang menghantar bil elektrik telah berjaya mengurangkan bil elektrik sebanyak 540,000 kilowatt jam atau penjimatan terkumpul sebanyak RM97,000.

“Sebanyak 218 buah sekolah yang menghantar bil air telah berjaya mengurangkan bil air sebanyak 5,800 meter padu atau penjimatan terkumpul sebanyak RM19,000,” katanya.

Advertisement

Tambahnya, secara keseluruhan jumlah penjimatan dan janaan kewangan untuk sekolah-sekolah yang menghantar bil melalui program berkenaan adalah sebanyak RM158,000.

“Penglibatan rakan kerjasama dalam menggerakkan IMELC iaitu program ke arah pengurangan karbon dan seterusnya dapat menangani perubahan iklim juga dilihat amat memberangsangkan.

“Ia turut mendapat kerjasama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Irda), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) bersama pihak konsesi pembersihan seperti SWM Environment Sdn Bhd dan input akademik  dari Universiti Teknologi Malaysia telah terlaksana selama tiga tahun.

Advertisement

“Tahun ini buat julung kalinya, pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan AEON Mall Bandar Dato Onn turut serta selaku rakan sokongan bagi menjayakan majlis ini di mana kolaborasi ini harus dicontohi dan saya berharap dapat dijadikan model oleh negeri- negeri lain,” katanya.

Beliau dimaklumkan bahawa MBJB juga pada hari ini berkerjasama dengan United Nations Development Programme (UNDP) melalui program “All About the SDGs Campaign”.

“Tujuannya bagi mempromosikan agenda Matlamat Pembangunan Mampan atau Sustainable Development Goals (SDG) ke seluruh lapisan masyarakat.

Advertisement

“Saya juga diberitahu, Johor juga merupakan negeri pertama yang mempunyai Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019 hingga 2023.

“Ia hasil komitmen JPNJ untuk memastikan anak Johor bukan sahaja memiliki kemahiran abad ke- 21 malahan mempunyai nilai dan minda lestari untuk menjadikan negara ini lebih kompetitif pada masa hadapan,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top