BM | EN | 中文

9,032 MANGSA BANJIR SETAKAT JAM 4 PETANG 

banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 DIS: Seramai 9,032 mangsa daripada 2,456 keluarga masih ditempatkan di 90 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir setakat jam 4 petang, hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam satu kenyataan memberitahu, lapan daerah di negeri ini masih terjejas akibat banjir.

“Kecuali Tangkak dan Muar, lapan daerah lain di negeri ini masih terjejas dengan banjir.

Advertisement

“Beberapa laluan di Kota Tinggi dan Mersing juga ditutup sepenuh, antaranya Ladang Bukit Payung dan Jalan Kampung Mawai Lama di Kota Tinggi serta laluan Mersing-Johor Bahru,” jelas kenyataan itu.

Amaran cuaca waspada turut dikeluarkan bagi daerah Kota Tinggi, Mersing, Segamat, Kulai dan Kluang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top