BM | EN | 中文

900 keluarga terjejas banjir di DUN Meru, Selangor terima bantuan RM1,000

900-keluarga-terjejas-banjir-DUN-Meru-terima-bantuan-RM1000.jpg

Penerima mengambil bantuan banjir ketika program Serahan Bantuan Banjir DUN Meru di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Meru, Klang pada 19 Januari 2022 (Gambar Ehsan SelangorKini)

KLANG, 19 JAN: Seramai 900 keluarga terjejas banjir di Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru menerima sumbangan RM1,000 melalui program Bantuan Selangor Bangkit (BSB).

Adun Meru, Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar memberitahu agihan hari ini adalah yang kedua selepas kali pertama diadakan pada awal Januari.

“Sebahagian penerima sudah menerima bantuan yang diberi di pejabat daerah dan tidak semestinya hadir ke pejabat khidmat masyarakat.

“Saya jangka siri agihan sumbangan RM1,000 diadakan lagi pada minggu depan dan berharap bantuan dapat diberikan segera bagi membantu meringankan beban mangsa banjir,” katanya lapor SelangorKini.

Mohd Fakhrulrazi turut menasihatkan mangsa banjir yang masih belum membuat permohonan melakukannya dengan segera sebelum 31 Januari depan.

“Buat masa ini, kita masih lagi menerima permohonan mangsa banjir. Setiap permohonan dinilai dan kita akan bantu supaya urusan mereka dipermudahkan.

“Namun, ingin saya jelaskan tidak semua permohonan diluluskan kerana tidak menepati syarat seperti setiap individu dalam rumah memohon bantuan atau pemohon bukan mangsa banjir,” katanya

Pada 21 Disember, kerajaan Selangor mengumumkan dana RM100 juta bagi permulaan program Selangor Bangkit susulan insiden banjir di beberapa daerah pada Disember 2021.

Selain pemulihan infrastruktur, peruntukan itu meliputi bantuan RM10,000 kepada waris korban banjir dan RM1,000 kepada ketua isi rumah bagi membaik pulih semula kediaman.

Individu yang layak menerima bantuan melibatkan tiga kategori iaitu mangsa yang berpindah ke pusat pemindahan sementara berwarta, swasta serta mereka yang kekal di rumah.

Bantuan diagih mulai 28 Disember lalu dan dijangka selesai hujung bulan ini.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top