PONTIAN 14 SEPT: Kebakaran di kawasan ladang tanah gambut milik Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (Mardi) dekat Jalan Johor-Pontian hampir berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Menurut kenyataan Komander Operasi, Iqbal Raduan setibanya Pasukan Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan tanah gambut di ladang milik MARDI dan Jabatan Pertanian.
Katanya, tiga kaedah pemadamam digunakan dengan menggali parit, membanjirkan kawasan terlibat agar air meresap dan pancutan terus ke kawasan kebakaran.
“Kebakaran melibatkan kawasan berkeluasan 30 ekar dan operasi pemadaman telah berjaya memadamkan kawasan seluas 27 ekar dan berbaki 3 ekar,” kata Iqbal dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, teknik pemadaman turut menggunakan satu aliran 700 kaki, tiga pancutan daripada sumber air terbuka, dan operasi pemadaman juga dibantu oleh sebuah jengkaut milik pihak MARDI
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan punca dan anggaran masih dalam siasatan,” tambah Iqbal.
Johorkini