BM | EN | 中文

8,975 KES BANTUAN KEBAJIKAN DITAMATKAN

gmbr-fail-cai-tung-1.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV: Sebanyak 8,975 kes bantuan kebajikan telah ditamatkan mengikut daerah dan skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung berkata, bantuan orang tua membabitkan seramai 2,496 penerima adalah bantuan yang paling banyak ditamatkan berikutan penerimanya telah meninggal dunia.

“JKM negeri Johor mengambil tindakan penamatan bantuan adalah berpandukan kepada Garis Panduan Pengurusan Bantuan Kewangan Persekutuan JKM yang telah dikeluarkan.

Advertisement

“Antara kaedah penamatan kepada penerima bantuan adalah penerima bantuan telah melepasi pendapatan garis kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM960 dan per kapita RM244 sebagaimana ketetapan yang dikeluarkan oleh kerajaan,” katanya.

Cai Tung (PH-Johor Jaya) berkata demikian ketika menjawab soalan Rosleli Jahari (PH-Johor Lama) tentang permintaan untuk JKM diminta semula mengkaji keadah penamatan pelbagai bantuan, di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini, hari ini.

Beliau berkata, selain itu, kaedah penamatan kepada penerima bantuan juga adalah apabila penerima telah mampu dan memohon bantuan ditamatkan secara sukarela oleh kerana mereka telah boleh berdikari.

Advertisement

“Kaedah lain termasuklah berlaku perubahan status penerima bantuan seperti telah berkahwin, berpindah keluar daripada daerah atau negeri, penerima bantuan ditanggung sepenuhnya oleh anak-anak atau penjaga.

“Selain itu, penerima bantuan tidak dapat dihunugi melebihi tempoh yang ditetapkan dan semasa lawatan kerumah penerima bantuan tiada di alamat yang ditetapkan,” katanya.

Tambahnya lagi, lain-lain punca penamatan bantuan yang difikirkan sesuai oleh pegawai penyiasat bagi tujuan untuk tidak meneruskan bantuan mereka selain akur dengan teguran audit bagi memastikan penerima bantuan layak menerima bantuan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top