BM | EN | 中文

89 mukim di Johor kini zon hijau

Vidyananthan-Ramanadhan-1.jpg

R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 4 JUN: Sebanyak 89 mukim di negeri Johor telah diletakkan dibawah zon hijau bermula 21 Mei sehingga semalam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Johor, R. Vidyananthan.

Menurut beliau hanya tiga mukim sahaja iaitu Bandar (dalam daerah Johor Bahru), Tebrau dan Kluang yang masih diletakkan dibawah zon kuning.

“Saya berharap kesemua mukim dapat mencapai status zon hijau tidak lama lagi,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisement

Justeru itu, beliau menasihatkan rakyat di negeri ini agar terus mematuhi arahan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

“Disiplin dan kawalan kendiri amat penting ketika ini. Justeru, anda diminta supaya kekal berada di rumah.

“Jangan keluar sekiranya tiada urusan penting dan jaga kebersihan diri dengan mengamalkan normal baharu seperti yang disarankan.

Advertisement

“Saya harap pengorbanan anda semua akan meraih kemenangan yang lebih bermakna buat kita dalam memerangi penularan virus COVID-19,” katanya lanjut.

BACA: Perbezaan pandangan adalah lumrah, namun sentiasa terbuka terima idea – MB Johor

Sehingga 3 Jun, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Johor kekal 676 kes, dan daripada jumlah itu sembilan kes adalah kes aktif.

Advertisement

Tiada kes kematian direkodkan sehingga semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di Johor kekal sebanyak 19 orang, manakala kes kumulatif sembuh di Johor adalah sebanyak 648 kes.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top