BM | EN | 中文

89 kemalangan bas pekerja di Johor tahun ini

bas-pekerja.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 11 NOV: Sejumlah 89 kemalangan melibatkan bas pekerja dilaporkan berlaku sejak Januari hingga Oktober lalu di seluruh negeri ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, selain itu pihaknya turut mengesan pelbagai kesalahan dilakukan pemandu sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, antara kesalahan itu termasuk penyalahgunaan dadah, memandu di bawah pengaruh alkohol dan mengabaikan aspek keselamatan sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Advertisement

Katanya, dalam satu kejadian pada 21 Oktober lalu, pihaknya menerima aduan sebuah bas pekerja dipandu secara melulu dan berbahaya di kawasan perindustrian Tebrau, apabila disiasat pemandu terbabit positif dadah jenis methamphetamine.

Susulan itu katanya, Operasi Bersepadu semalam dijalankan di lima kawasan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) seluruh Johor untuk memeriksa beberapa aspek antaranya pemandu dan kenderaan digunakan.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Operasi Bersepadu dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Johor di Taman Impian Emas, Selasa lalu.

Advertisement

Terdahulu Ayob dilaporkan Utusan Online sebagai berkata, pemeriksaan ujian air kencing yang dijalankan terhadap 20 pemandu mendapati dua daripada mereka yang berusia 54 dan 34 tahun positif penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine dan ganja.

Sementara itu, dalam operasi terbabit juga, pihaknya telah mengeluarkan 42 saman dengan 27 daripadanya berkaitan ketiadaan lesen memandu.

“Daripada 27 saman lesen terbabit dua pemandu didapati tiada lesen memandu langsung, manakala 25 lagi tiada lesen Kenderaan Perdagangan dan Lesen Vokasional (GDL dan PSV) selain tiada alat pemadam api serta tiada tanda isyarat segi tiga keselamatan.

Advertisement

“Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut mengeluarkan 26 saman, enam notis dan empat kompaun atas kesalahan berkaitan asap dan bunyi kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ayob Khan turut memberitahu terdapat segelintir pengusaha yang menggaji pemandu warga asing, membawa penumpang melebihi kapasiti had permit bagi mengurangkan kos dan menyewa permit dan bas kilang kepada pihak ketiga.

Johor merekodkan sejumlah 144 kes kemalangan jalan raya melibatkan bas pekerja sepanjang tahun lalu.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top