BM | EN | 中文

88 KES BULI DIKESAN DI JOHOR SEJAK 2017

IMG-20191122-WA0011.jpg
Advertisement

 

KOTA TINGGI, 22 NOV : Sebanyak 88 kes buli dikesan di negeri Johor bermula tahun 2017 sehingga 2019.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan dalam mengawal anak-anak dan pelajar dari kegiatan membuli dan dibuli.

Advertisement

Katanya, semua pihak perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak polis bagi mencegah kegiatan buli yang berlaku.

“Anak-anak adalah aset penting dalam negara dan ia perlu dijaga supaya menjadi seorang pelajar dan rakyat yang berjaya di masa akan datang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kempen Sehari Anti Buli-Jangan Membuli dan Dibuli di Dewan Orkid Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, kelmarin.

Advertisement

Hadir sama, timbalan ketua polis Johor, Datuk Shafie Ismail, ketua polis daerah Kulai, Superintendan Tok Beng, pegawai pendidikan daerah Kota Tinggi, Mohamad Fadil Ishak, pegawai Jabatan Kebajikan Masyaraat (JKM) Kota Tinggi, Che Wan Hamizah Che Wan Muhamad Zain.

Sementara itu, ketua polis daerah Kota Tinggi, Ahsmon Bajah berkata, kempen anti buli bertemakan ‘jangan membuli dan dibuli’ anjuran IPD Kota Tinggi dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi dan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi. 

“Program ini juga merupakan julung kali diadakan diperingkat IPD Kota Tinggi. Tujuan program diadakan adalah bagi memberi kesedaran kepada para pelajar berkenaan dengan gejala membuli dan dibuli di sekolah di peringkat daerah Kota Tinggi.

Advertisement

“Antara sekolah terlibat dalam program ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Kota Jaya, SK Laksamana, SK Usman Awang, Sk Ulu Pengeli, SK Agama Bersepadu dan SK Bandar Mersing,”katanya.

Tambahnya, program kempen anti buli itu lebih kepada konsep memberi kesedaran dan motivasi kepada para pelajar bagi membanteras kegiatan buli di sekolah.

Johokini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top