BM | EN | 中文

8,527 MANGSA BANJIR SETAKAT 9 PAGI

IMG-20191217-WA0007.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 17 DIS: Seramai 8,527 mangsa daripada lapan daerah di Johor masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akibat terjejas dengan banjir, setakat jam 9 pagi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, kesemua mangsa daripada 2,310 keluarga ditempatkan di 89 PPS di beberapa daerah di negeri ini.

“Walau bagaimanapun, 11 PPS ditutup iaitu di Kota Tinggi, Kluang, Kulai, Muar dan Johor Bahru,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, di sini.

Advertisement

Kenyataan itu turut memaklumkan bilangan mangsa tertinggi adalah di Kluang iaitu 2,632 mangsa di tempatkan di 28 PPS diikuti dengan Kota Tinggi iaitu 2,107 mangsa yang ditempatkan di 15 PPS.

“Manakala bagi di Segamat, seramai 1,525 mangsa ditempatkan di 27 PPS diikuti dengan Mersing iaitu 1,285 mangsa ditempatkan di 10 PPS kemudian di Johor Bahru seramai 569 mangsa ditempatkan di satu PPS, di sini.

“Bagi di Pontian, seramai 226 mangsa ditempatkan di tiga PPS diikuti dengan Kulai seramai 100 mangsa ditempatkan di dua PPS dan di Batu Pahat seramai 83 mangsa ditempatkan di tiga PPS di daerah tersebut,” katanya.

Advertisement

Tambahnya lagi, Jalan Telok Arong di daerah Mersing dibuka hanya untuk satu laluan bagi kenderaan ringan akibat kawasan tersebut terjejas dengan tanah runtuh dan satu jalan di FT 003 Mersing – Johor Bahru di tutup akibat terjejas dengan banjir.

“Manakala setakat ini, empat jalan di daerah Kota Tinggi ditutup akibat banjir iaitu di Kubu Lama (KM59 Jalan Johor Bahru – Mersing), Ladang Risda (KM80 Jalan Johor Bahru – Mersing), 500m dari Simpang Balai Mawai (KM42 Jalan Lok Heng – Mawai) dan Simpang Tunjuk Laut (Jalan Kota Tinggi – Mersing),” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top