BM | EN | 中文

85 TERIMA SUMBANGAN DEEPAVALI

Nie-Ching.jpg
Advertisement

KULAI, 17 OKT : Seramai 85 orang penerima daripada masyarakat India di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai menerima sumbangan Deepavali Parlimen Kulai 2019 yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Mewah, di sini, baru-baru ini.

Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching berkata, para penerima terdiri dalam kalangan golongan yang berpendapatan rendah atau B40 dan telah dikenalpasti.

“Sumbangan yang diberikan ini adalah sebagai tanda prihatin dari pihak saya yang diharapkan dapat membawa keceriaan terutamanya untuk mereka menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam laman Facebook rasminya.

Advertisement

Nie Ching yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berharap sumbangan tersebut dapat membantu meringankan beban golongan mereka yang terpilih di kawasan Parlimennya, apatah lagi mereka bakal menyambut perayaan berkenaan hujung bulan ini.

“Di samping itu, saya sendiri dapat menunaikan tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen Kulai untuk membantu meringankan beban golongan B40 yang ada dalam kawasan Parlimen saya khususnya ketika menghampiri musim perayaan,” katanya lagi.

 

Advertisement

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top