BM | EN | 中文

85 PERATUS KEBAKARAN HUTAN GELANG PATAH DIPADAM

dzulkefly-ahmad-exco-johor.jpg

JOHOR BAHRU, 30 OGOS: Kebakaran hutan di Jalan Tanjung Kupang, dekat Gelang Patah dan kawasan sekitar dilaporkan telah berjaya dipadamkan 85 peratus sehingga pagi ini.

“Alhamdulillah. 85 peratus daripada 40 ekar kawasan kebakaran telah berjaya dipadamkan,” tulis Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia Johor, Dzulkefly Ahmad dalam kiriman di laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau terdahulu meluangkan masa melawat bilik operasi Pasukan Bomba Malaysia, Bomba PTP dan Ketua Kampung selain kawasan kebakaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang Sekolah Kebangsaan Tanjung Adang dan I-Park, dekat sini.

Dalam pada itu Dzulkefly memaklumkan, operasi pencegahan api dari merebak diteruskan melalui pembinaan pemecah api dan parit.

Firebreaker dalam bentuk parit berair tinggal 700 meter lagi untuk disiapkan.

“Saya hargai usaha gigih yang tidak kenal penat, malam atau siang kepada semua pihak serta individu yang terlibat,” kata Dzulkefly yang juga Adun Kota Iskandar.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh agensi yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran antaranya Jabatan Pengairan dan Saliran, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Rela, Polis Diraja Malaysia dan UEM Sunrise.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top