BM | EN | 中文

82 PPS DI JOHOR DITUTUP, MANGSA BANJIR KINI 1,468

banjir.jpg

JOHOR BAHRU, 19 DIS: Sebanyak 82 pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan mangsa banjir di Johor ditutup, menjadikan jumlahnya 25 buah setakat jam 4 petang ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam kenyataannya memaklumkan, jumlah mangsa banjir di Johor yang berada di PPS terus menurun daripada 2,469 pada jam 12 tengah hari tadi kepada 1,468 orang.

Sementara itu beberapa buah laluan di daerah Mersing dan Segamat masih ditutup.

Antaranya Jalan Telok Arong dan Jalan Tanah Abang di Mersing yang ditutup untuk semua kenderaan.

Sementara di Segamat terdapat dua laluan yang ditutup untuk semua kenderaan iaitu di Jalan Paya Balai Badang dan Jalan Puting.

Jalan Tumang yang sebelum ini ditutup untuk semua kenderaan kini dibuka, namun hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja.

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top