BM | EN | 中文

82 pelajar positif penyalahgunaan dadah

aminolhuda-15.jpg

Aminolhuda memeriksa peralatan ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas sebahagian pelajar SMK Tunku Putra, Tongkang Pechah.

Advertisement

BATU PAHAT, 4 FEB: Seramai 82 pelajar daripada sejumlah 4,799 pelajar yang telah diperiksa ujian saringan air kencing sepanjang tahun ini didapati positif penyalahgunaan dadah.

Exco Pendidikan, Kesihatan dan Sumber Manusia negeri, Aminolhuda Hassan berkata, kesemua pelajar terlibat merupakan pelajar lelaki.

Katanya, setakat semalam, sebanyak 138 buah sekolah menengah daripada 278 buah di negeri ini telah diperiksa.

Advertisement

“Sasaran kita pada tahun ini adalah untuk menjalankan ujian ini di kesemua 278 sekolah menengah di negeri ini.

“Setakat semalam, sebanyak 138 buah sekolah menengah telah terlibat, membabitkan seramai 4,799 pelajar yang diperiksa dimana 82 daripada mereka disahkan positif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan dalam sidang media yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Putra, Tongkang Pechah, di sini hari ini.

Advertisement

Turut hadir, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Johor, Azli Ubin dan Pengetua SMK Tunku Putra, Yazid Zawawi.

Aminolhuda yang juga merupakan ADUN Parit Yaani turut memberitahu, pelajar yang dikesan positif akan diberikan bantuan agar mereka dapat meninggalkan gejala tersebut.

“Pemilihan pelajar dibuat pihak sekolah berdasarkan penelitian masalah disiplin dan prestasi pelajar.

Advertisement

“Mereka yang dikesan positif akan diberikan kaunseling, bukan sahaja kepada pelajar terlibat tetapi juga kepada pihak keluarga,” ujarnya.

Tambah beliau, tujuan pelaksanaan program ini adalah sebagai langkah pencegahan awal bagi mengelakkan generasi muda khususnya tidak terlibat penyalahgunaan dadah.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top