BM | EN | 中文

810 mangsa banjir di Johor setakat 8 pagi ini

banjir.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Seramai 810 mangsa banjir masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di tiga daerah di negeri ini.

Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata setakat 8 pagi ini, 14 PPS dibuka yang menempatkan 196 keluarga daripada daerah Kluang, Batu Pahat dan Segamat.

“Seramai 577 mangsa ditempatkan 11 PPS di Segamat, di Kluang seramai 180 mangsa masih ditempatkan di satu PPS dan seramai 53 mangsa ditempatkan di dua PPS di Batu Pahat,” katanya menerusi satu kenyataan dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor, di sini.

Advertisement

Kenyataan itu turut memaklumkan 94 PPS kini ditutup manakala 14 pusat lagi masih dibuka untuk menempatkan 810 mangsa di tiga daerah tersebut.

“Di Segamat, kawasan yang terjejas termasuklah di Jalan Kolam Air, Kampung Balai Badang, Kampung Batu Badak, Pogoh, Kampung Spang Loi, Kampung Tadong, Kampung Padang Kiambang, Kuala Paya, Kampung Sanglang, Kampung Kuing Patah, dan Kampung Bukit Tunggal.

“Manakala di Kluang, kawasan yang masih terjejas adalah di Kampung Sungai Linau dan dan Batu Pahat Seri Chomel dan Kampung Peserai lama masih terjejas dengan banjir,” tambahnya.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top