BM | EN | 中文

81.3 PERATUS DARI 14,130 ADUAN DITERIMA MBJB BERJAYA DISELESAIKAN 

Amran-3.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 6 NOV : Sebanyak 81.3 peratus daripada 14,130 aduan diterima Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah berjaya diselesaikan sehingga 31 Oktober lepas.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Amran A Rahman berkata, aduan tersebut melibatkan aduan kerosakan jalanraya, pokok tumbang, lampu jalan rosak, tempat letak kenderaan, penjaja, kacau ganggu haiwan dan lain-lain lagi.

“Sebanyak 81.3 peratus aduan telah diselesaikan, manakala baki 18.7 peratus sedang dalam tindakan penyelesaian.

Advertisement

“Daripada jumlah aduan yang telah diselesaikan itu, sebanyak 68.4 peratus berjaya diselesaikan dalam tempoh kurang dari 15 hari. Manakala, 31.6 peratus telah diselesaikan dalam tempoh lebih 15 hari.

“Penyelesaian aduan yang melebihi tempoh 15 hari ini adalah disebabkan oleh proses-proses yang perlu dilaksanakan sebelum langkah penyelesaian jangka panjang diambil.

“Ini terutamanya yang melibatkan kos dan projek yang besar,” katanya pada Mesyuarat Penuh Bilangan-10 Tahun 2019 berlangsung di Dewan Inai Merah, MBJB hari ini.

Advertisement

Tambahnya, MBJB akan terus menambahbaik sistem pengurusan aduan dari masa ke semasa disamping meningkatkan mutu perkhidmatan kepada warga bandar raya dengan menerapkan amalan ‘no wrong door policy’.

Jelasnya, ramai dikalangan warga bandaraya yang menyampaikan aduan melalui MBJB meskipun ianya bukan dibawah tanggungjawab MBJB.

“Sehubungan itu, saya memohon agar jabatan-jabatan dalaman MBJB bersama agensi kerajaan dan swasta yang lain dapat bekerjasama dengan baik menyelesaikan beberapa isu dan aduan yang sering berbangkit di dalam kawasan pentadbiran ini.

Advertisement

“Ia penting bagi mewujudkan keyakinan dikalangan para pembayar cukai atau orang awam terhadap kebolehan dan kepekaan MBJB serta agensi kerajaan yang lain,” katanya lagi.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top