BM | EN | 中文

800 pelajar keluarga B40 di Kluang dapat baucar persiapan sekolah

IMG-20191223-WA0002.jpg

Urusetia program 'Uniform For Kidz' pada majlis penyerahan sumbangan di Hotel Merdeka, Kluang

Advertisement

KLUANG, 23 DIS: Kira-kira 800 pelajar daripada keluarga B40 di daerah ini menerima baucar bantuan persiapan persekolahan bernilai RM15,000 hasil inisiatif pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol dengan kerjasama Rock House Cross Community Berhad.

Pejabat DUN Mengkibol dalam satu kenyataan memaklumkan, ‘Uniform For Kidz’ adalah program penyampaian sumbangan barangan persekolahan dengan mensasarkan kepada para pelajar daripada golongan berpendapatan rendah di daerah Kluang.

“Setiap baucar yang diterima oleh pelajar boleh ditukar kepada sepasang baju, kasut dan beg sekolah di kedai pakaian Nan Yuan Sdn Bhd di Kluang.

Advertisement

“Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Cross Community Berhad selama hampir 15 tahun.

“Objektif adalah untuk membantu anak-anak yang kurang berkemampuan mendapat pendidikan dengan keselesaan demi masa depan yang cerah,” kenyataan Pejabat DUN Mengkibol dipetik.

Penyerahan bantuan itu diadakan di Dewan Hotel Merdeka 14 Disember lalu disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan antaranya seperti Kelab Lions dan Kelab Rotary.

Advertisement

Ia juga mendapat sokongan dan kerjasama daripada Yayasan Prihatin Kluang yang dipengerusikan Adun Mengkibol, Sheikh Umar Bagharib Ali merangkap Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Johor.

Selain itu, ‘Uniform For Kidz’ juga mendapat sokongan ahli-ahli lembaga pemegang amanah yang terdiri daripada wakil-wakil parti komponen Pakatan Harapan Kluang.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top