BM | EN | 中文

80 PERATUS TASKA DALAM JOHOR TIDAK BERDAFTAR DENGAN JKM

IMG-20191112-WA0036.jpg

 

PASIR GUDANG, 12 NOV : Hampir 80 peratus pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) dalam negeri ini tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, sementara statistik bagi seluruh negara pula sebanyak 63 peratus Taska yang tidak berdaftar.

“Dalam Belanjawan 2020 Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah umumkan diskaun bil elektrik sebanyak 20 peratus akan diberikan kepada pengusaha Taska yang berdaftar dengan JKM.

“Usaha berkenaan bagi menggalakkan agar lebih banyak Taska atau pengasuh kanak-kanak berdaftar dengan JKM.

“Saya juga menyeru kepada ibu bapa agar melakukan semakan terlebih dahulu dengan pihak kementerian sebelum memilih Taska untuk menempatkan anak-anak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tabika Kemas dan Taska Parlimen Pasir Gudang di Dewan Muafakat Taman Bukit Dahlia, hari ini.

Tambahnya, pihak kementerian mempunyai senarai kualiti Taska yang boleh disemak oleh ibu bapa.

Dalam masa sama ibu bapa juga boleh merujuk garis panduan diberikan pihak kementerian dalam memilih Taska untuk anak masing-masing.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top