BM | EN | 中文

80 peratus gelandangan di Johor sudah pulang ke pangkuan keluarga

Zaiton-Ismail-Uda-Angsana.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Zaiton Ismail menerima sumbangan replika daripada Ketua Pegawai Operasi Uda Angsana Sdn Bhd Imran Salleh (dua kiri) bagi lembaga Pelawat Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram Johor pada Program Kasih Aidilfitri meraikan anak-anak dan kakitangan Rumah Kanak-Kanak (RKK) Mini Ulu Tiram Johor (Gambar Ehsan Bernama)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 MEI: Sebanyak 80 peratus daripada 240 gelandangan yang mendapat perlindungan di Kem Wawasan Gunung Pulai, dekat Kulai, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan pandemik COVID-19, telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor Zaiton Ismail berkata kejayaan itu adalah hasil pemprofilan yang dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor.

Katanya, ia juga berjaya dilakukan menerusi sesi kaunseling dan psikologi pihak JKM.

Advertisement

Zaiton berkata, ada juga sesetengah gelandangan yang diserah JKM kepada Polis Diraja Malaysia, Hospital Permai, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Penjara Reman Ulu Choh atas sebab-sebab tertentu.

“Kita telah berjaya mengeluarkan seramai 187 gelandangan dan sehingga hari ini hanya tinggal 61 orang sahaja di kem berkenaan. Rata-rata mereka ini (61 gelandang) juga didapati mampu untuk bekerja cuma tidak mempunyai rumah dan sebagainya.

“Tetapi kita akan terus berusaha untuk meminimumkan jumlah. Saya harap gelandangan di kem itu akan terus berkurangan dan sekurang-kurangnya kita dapat membantu mereka yang betul-betul tidak mempunyai rumah dan memerlukan bantuan,” katanya, lapor Bernama.

Advertisement

Sertai telegram Johorkini untuk mengetahui berita dan isu-isu semasa di Johor

Terdahulu, Zaiton menghadiri Program Kasih Aidilfitri Rai Anak-Anak dan kakitangan di Rumah Kanak-Kanak Mini Ulu Tiram, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah JKM negeri Mohamad Hapil dan Ketua Pegawai Operasi UDA Angsana Sdn Bhd Imran Salleh.

Advertisement

Zaiton bagaimanapun berkata, pihaknya akan terus menyantuni dan mengenal pasti keluarga gelandangan di kem berkenaan.

“Harapan saya juga kepada mereka di luar sana untuk terus membantu golongan gelandangan, kadang-kadang mereka ini hanya dipandang sepi.

“Mereka juga punyai hati dan perasaan, jadi saya minta agar orang ramai membantu dan bukan mengecam, usaha cari jalan keluar kerana mereka bukan satu beban dan masyarakat juga perlu mainkan peranan,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top