BM | EN | 中文

80 notis dikeluarkan kepada peniaga di Johor menerusi Ops Pasar 2021

pemeriksaan-anti-catut-kpdnhep-johor.jpg

Gambar Hiasan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 FEB: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor mengeluarkan 80 notis terhadap peniaga di negeri ini hasil pemantauan dan pemeriksaan menerusi Ops Pasar 2021 sejak 1 Jan lepas hingga semalam.

Pengarahnya Mohd Hairul Anuar Bohro berkata kesemua notis mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 itu dikeluarkan kepada peniaga bagi tujuan mendapatkan maklumat berhubung kenaikan harga dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan.

“Berdasarkan rekod, sejak 1 Jan lepas sehingga 2 Feb, sebanyak 1,362 premis diperiksa KPDNHEP Johor meliputi 1,193 peruncit, 136 pemborong serta 33 pengilang di seluruh daerah di negeri ini,” katanya menerusi kenyataan.

Advertisement

Mohd Hairul Anuar berkata peniaga yang disyaki melakukan aktiviti mencatut akan disiasat dan sekiranya sabit kesalahan, mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14 AKHAP 2011.

Menurutnya, seramai 200 penguatkuasa KPDNHEP Johor akan sentiasa memantau dan melakukan pemeriksaan bagi memastikan bekalan barangan keperluan harian mencukupi dalam pasaran.

Bernama

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top