BM | EN | 中文

7,900 pemandu bas, teksi di Selangor terima bantuan makanan enam bulan dari kerajaan negeri

Dato-Seri-Amirudin-Shari-bersama-penerima-ketika-Program-Penyerahan-Bantuan-Bakul-Makanan-kepada-pemandu-bas-dan-teksi-di-Dewan-Terbuka-Kampung-Melayu-Batu-Caves-Gombak.jpg

Datuk Seri Amirudin Shari bersama penerima ketika Program Penyerahan Bantuan Bakul Makanan kepada pemandu bas dan teksi di Dewan Terbuka Kampung Melayu Batu Caves, Gombak hari ini (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

GOMBAK, 9 MAC: Pemandu bas dan teksi di negeri Selangor bakal menerima bantuan bakul makanan selama enam bulan kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya, bantuan menerusi Pakej Kita Selangor itu membabitkan 7,900 pemandu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan persatuan yang sah.

“Kerajaan negeri juga mungkin akan menambah tempoh masa bantuan ini sehingga 10 atau 12 bulan sekiranya jumlah pemohon tidak bertambah.

Advertisement

“Ini kerana kita berharap sementara ekonomi dipulihkan, bantuan bakul makanan yang disalurkan kerajaan dapat memberi keluarga pemandu makanan asas walaupun berada dalam situasi sukar,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan Bakul Makanan kepada pemandu teksi dan bas sekolah di Dewan Terbuka Kampung Melayu Batu Caves.

Hadir sama Exco Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Rodziah Ismail dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nor Azmie Diron.

Advertisement

Menerusi Pakej Kita Selangor, kerajaan negeri memperuntukkan RM4.35 juta bagi melaksanakan program Bakul Makanan kepada golongan terjejas dengan impak Covid-19.

Selain pemandu teksi dan bas, ia turut disampaikan kepada beberapa kumpulan sasar meliputi penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR), pemandu lori KDEB Waste Management dan isi rumah berasal dari Selangor.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top