BM | EN | 中文

7,633 PKS DAFTAR BAWAH PROGRAM DFTZ SEHINGGA MAC

gmbr-fail-syeikh-omar.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 26 NOV : Sebanyak 7,633 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan yang telah berdaftar serta menyertai pelbagai program Inisiatif Zon Perdagangan Bebas Digital atau ‘Digital Free Trade Zone’ (DFTZ) sehingga Mac 2019.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, DFTZ merupakan inisiatif strategik yang bertujuan untuk meningkatkan eksport PKS tempatan ke luar negara serta menjadikan Malaysia sebagai hab e-Fulfilment e-Dagang serantau.

“Bagi inisiatif kerajaan negeri pula, untuk menggalakkan penyertaan usahawan atas talian dan sekaligus menyambut Revolusi Industri 4.0 ialah melalui platform Jendela Aplikasi Servis dan Solusi (JASS).

Advertisement

“Aplikasi ini membolehkan usahawan menempatkan produk dan servis mereka atas talian dan sekaligus meningkatkan visibiliti mereka di dalam dunia digital.

“Manakala, inisiatif yang bakal dijalankan pula ialah mewujudkan program khas berkenaan Pembangunan Usahawan Digital melalui Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) dengan sasaran memperkasa perniagaan secara dalam talian pada tahun hadapan,” katanya.

Sheikh Umar (PH-Paloh) menjawab soalan Ee Chin Li (PH-Tangkak) di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Advertisement

Terdahulu, Chin Li bertanya apakah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat terutama usahawan industri mikro untuk melibatkan diri dengan perniagaan secara dalam talian.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top