BM | EN | 中文

7,533 pelajar sekolah di Johor diberi suntikan imunisasi

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 3 JUN: Seramai 7,533 pelajar sekolah telah diberi suntikan imunisasi di fasiliti Klinik Kesihatan ataupun Klinik Desa di seluruh Johor bermula dari 8 April lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata suntikan diberikan kepada murid tahun 1, tingkatan 1 dan tingkatan 3 di sekolah-sekolah seluruh negeri.

Menurutnya, bagi murid Tahun 1 mereka menerima suntikan imunisasi bagi mencegah penyakit demam campak (measles), Rubella, Difteria dan kancing gigi (Tetanus).

Advertisement

Bagi murid perempuan Tingkatan 1 untuk imunisasi Human Papilloma Virus (HPV) manakala bagi murid Tingkatan 3 untuk imunisasi ATT (dos tambahan vaksin Tetanus).

Katanya bagi memastikan pelajar mengambil suntikan imunisasi mengikut jadual dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) perkhidmatan itu dilakukan secara berperingkat di fasiliti kesihatan kerajaan seperti Klinik Kesihatan, Klinik Kesihatan Ibu dan Anak atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.

“Pada tahun 2020, keutamaan diberikan kepada pemberian imunisasi Tahun 1.

Advertisement

“Pejabat Kesihatan Daerah telah bekerjasama dengan Pejabat Pelajaran Daerah dalam menyelaras pemakluman kepada ibu bapa atau penjaga mengenai perkhidmatan imunisasi ini, kata Vidyananthan dalam satu kenyataan, hari ini.

“Imunisasi ini adalah penting untuk mencegah penularan penyakit berjangkit,” ujarnya lanjut.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top