BM | EN | 中文

73,710 dos vaksin Johor dihantar ke PSV

73710-dos-vaksin-Johor-dihantar-ke-PSV.jpg

Gambar Ehsan FB Hasni Mohammad

Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 FEB: Sejumlah 73,710 dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech bagi negeri ini telah dihantar ke empat Pusat Simpanan Vaksinasi (PSV) hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, vaksin itu akan diedarkan ke 54 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ada di seluruh Johor.

Katanya, petugas barisan hadapan di negeri ini adalah golongan pertama yang akan menerima vaksin berkenaan secara berperingkat-peringkat mulai minggu ini.

Advertisement

“Vaksin yang dibawa menggunakan trak DHL ini adalah kumpulan pertama vaksin yang sama tiba di KLIA pagi tadi daripada kilang Pfizer-BioNTech di Puurs, Belgium.

“Semoga dengan kehadiran vaksin ini dapat memberi harapan baru buat semua rakyat Malaysia dalam peperangan kita melawan Covid-19 ini,” katanya, lapor Utusan Online.

Terdahulu, Dr. Adham berada di Johor Bahru bagi menyambut ketibaan vaksin di negeri tersebut melalui Singapura bersama Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad pada pukul 2 petang tadi.

Advertisement

Beliau bersama Hasni terus ke laluan bas di Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sebelum bergerak ke Tambak Johor bagi menyambut ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech yang dibawa daripada negara jiran.

Pada majlis penerimaan itu, lori penyimpanan khas yang membawa vaksin Covid-19 berkenaan sudah bersedia di tengah-tengah tambak sejak pukul 1 petang.

Penyerahan ringkas dilakukan oleh wakil syarikat vaksin di tengah-tengah tambak berkenaan kepada kerajaan Malaysia yang diwakili Dr. Adham dan Hasni.

Advertisement

Lori penyimpanan khas dilihat meninggalkan tambak johor tepat pukul 2 petang dan diiringi pasukan keselamatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengawal ketat kenderaan berkenaan terus ke PSV di negeri ini.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top