BM | EN | 中文

732,305 individu sudah lengkapkan dua dos suntikan vaksin

vaksin-covid-19.jpg
Advertisement

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Sejumlah 732,305 individu sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, setakat Rabu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menerusi akaun Twitternya hari ini berkata, angka itu sebahagian daripada 1,182,133 individu yang sudah menerima dos pertama, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini, sebanyak 1,914,438 dos setakat Rabu

Dalam infografik dikongsikannya, lima negeri yang menerima suntikan dos pertama tertinggi ialah Selangor dengan 157,056 dos, Kuala Lumpur (124,137), Sarawak (123,393), Perak (106,974) dan Johor (100,163).

Advertisement

Setakat 12 Mei, 41.6 peratus atau 10,081,015 individu sudah mendaftar untuk menerima suntikan vaksin, dengan Selangor mencatat jumlah pendaftaran tertinggi berjumlah 2,592,738 individu.

Mengikut perancangan program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lalu membabitkan 500,000 anggota barisan hadapan, termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya.

Advertisement

Fasa ketiga bermula bulan ini hingga Februari 2022, membabitkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

Bernama

 

Advertisement

 

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top