BM | EN | 中文

729 penduduk Shah Alam jalani saringan Covid-19 anjuran kerajaan Selangor secara percuma

Saringan-Komuniti-percuma-secara-bersasar-di-Dewan-Tanjung-Seksyen-19-Shah-Alam.jpg

Orang ramai hadir menjalani Saringan Komuniti percuma secara bersasar di Dewan Tanjung Seksyen 19, Shah Alam (Gambar Ehsan SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 17 FEB: Seramai 729 individu menjalani Saringan Komuniti Covid-19 secara percuma anjuran kerajaan Selangor di Dewan Seksyen 19 di sini, hari ini.

Pegawai Tadbir Hal Ehwal Komuniti Operasi Pasukan Khas Selangor Covid-19 (STFO), Dr Nurul Solihin Nurul Hasnan berkata mereka terdiri daripada golongan dewasa dan kanak-kanak.

Menurut beliau, saringan dilakukan menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) bagi membolehkan keputusan diperoleh dalam tempoh 24 jam.

Advertisement

“Program bermula jam 9 pagi hingga 4 petang hari ini dapat sambutan positif dan berjalan mengikut tatacara operasi piawai (SOP) penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

“Kami lihat banyak ibu bapa datang bawa anak kecil untuk buat saringan,” katanya, lapor SelangorKini.

Tambah beliau, program berkenaan dikendalikan 20 petugas perubatan dari Klinik Selcare serta 11 petugas Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET).

Advertisement

Sebelum ini, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata saringan komuniti bersiri dilaksanakan di beberapa lokasi seluruh negeri bagi menurunkan kadar jangkitan Covid-19.

Katanya, selepas Shah Alam, program diteruskan di Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang esok (18 Februari), bermula jam 9 pagi hingga 4 petang.

Mereka yang hadir diminta mendaftar di http://screening.selangkah.my .

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top