BM | EN | 中文

72 pelajar rayu pusat tahfiz di Simpang Renggam rayu dana pembinaan RM300,000

72-pelajar-rayu-dana-pembinaan-pusat-tahfiz-bernilai-RM300000.jpeg
Advertisement

KLUANG, 13 MAC: Seramai 72 pelajar tahfiz Maahad Tahfiz Nur Syafaat di sini memohon ihsan bagi merealisasikan hasrat pembinaan sebuah kompleks madrasah di Parit Talibek Simpang Renggam yang dijangka menelan belanja lebih RM300,000.

Pengerusi tahfiz berkenaan, Muhamad Hisham Hamzah berkata, sehingga kini pihaknya berjaya mengumpul RM26,000 bagi membina kemudahan asrama pelajar dan guru selain dewan makan di kawasan tanah seluas dua ekar itu.

Katanya, sebelum beroperasi di Simpang Renggam, pihaknya terpaksa keluar dari bangunan disewa di Kulai kerana diminta pemiliknya dan sejak itu mereka dibenarkan untuk menumpang di Wisma Firdaus Simpang Renggam oleh seorang insan prihatin sehingga 2028 nanti.

Advertisement

“Sekarang pembinaan di tapak baru 30 peratus untuk asrama pelajar dan guru dalam kapasiti 70 orang selain dewan makan.

“Diisebabkan kena berpindah dari Kulai ke Simpang Renggam, kami menggunakan sebanyak RM70,000 untuk menyiapkan kelengkapan di Wisma Firdaus ini mengikut spesifikasi Jabatan Bomba.

“Sekarang ini kita baru buat kutipan semula, dan berjaya kumpul RM26,000 dan tujuan utama kita buka madrasah untuk ambil lebih ramai anak yatim , orang susah untuk diberikan pengajian percuma,” katanya, lapor Utusan Online.

Advertisement

Katanya, hampir 50 peratus pelajarnya terdiri daripada golongan anak yatim piatu dan asnaf yang dipilih selepas berita kedaifan mereka tersiar di media sosial.

“Ada anak dan keluarganya tidur selama seminggu di taman permainan, kita terima anak anak itu belajar di madrasah secara percuma, keluarganya pula dicarikan pekerjaan.

“Kami mengajar al-Quran dan kitab fekah, tauhid, jawi, akhlak dan bahasa arab mengikut sukatan pelajaran JAKIM,” katanya.

Advertisement

Dalam pada itu, Pengerusi Ekonomi Golongan B40 Johor Datuk Mohd Fadel Alwi berkata, pihaknya akan berhubung dengan jabatan kerajaan berkaitan bagi merujuk kes itu dan memohon sumbangan orang ramai bagi meringankan beban pasangan terbabit.

“Mereka yang ingin menyumbang boleh menghubungi talian 0197168086 atau menyalurkan terus sumbangan ke akaun Public Bank Maahad Tahfiz Nur Syafaat 3817112110,” katanya.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top