BM | EN | 中文

717 MANGSA BANJIR KOTA TINGGI DITEMPATKAN DI LIMA PUSAT PEMINDAHAN

banjir.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI, 10 DIS : Seramai 717 mangsa daripada 182 keluarga di daerah ini masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 8 malam ini.

Jumlah berkenaan menyaksikan pertambahan bilangan mangsa berbanding siang tadi iaitu seramai 715 daripada 181 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam satu kenyataan memberitahu, berlaku peningkatan mangsa di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota melibatkan dua mangsa dari sebuah keluarga.

Advertisement

“Banjir di daerah ini membabitkan 13 kawasan di mana PPS yang menempatkan mangsa paling ramai adalah di Kolej Vokasional Kota Tinggi dengan seramai 526 mangsa.

“Empat PPS lain yang dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia, Sekolah Kebangsaan Mawai, Dewan Seri Teratai dan SJKC New Kota yang dibuka khas untuk masyarakat Rohingya,” katanya.

Sementara itu, antara lokasi terjejas banjir termasuklah Kampung Baharu, Kampung Changi, Kampung Jawa, Taman Aman, Taman Mawai, Kampung Mawai Baru dan Kampung Sepak Hilir.

Advertisement

Selain itu turut terjejas Kg Jumis Bukit Raja, Kg Sepak Hilir, Kg Mawai Baru, Kg Mawai Lama dan Kg Hj Mohd Jambi.

Terdahulu, Bernama melaporkan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah sebagai berkata setakat ini. kesemua jalan di sekitar daerah Kota Tinggi yang berisiko dinaiki air masih boleh dilalui oleh semua kenderaan,” katanya dalam kenyataan.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top