BM | EN | 中文

7,000 peniaga terima permit niaga sementara dari Majlis Bandaraya Shah Alam

7000-peniaga-terima-permit-niaga-sementara-MBSA.jpg

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Majlis Pelancaran Program Pembangunan Usahawan@Shah Alam di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam (Gambar Ehsan MBSA/SelangorKini)

Advertisement

SHAH ALAM, 14 OKT: Seramai 7,000 peniaga kecil di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima lesen sementara tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata tempoh permit yang diberikan adalah setahun dan mereka yang ingin meneruskan perniagaan boleh memohon untuk menyambung.

“Kita menyedari sebahagian daripada mereka ini sementara sahaja kerana ada yang kena buang kerja jadi kita berikan mereka lesen sementara.

Advertisement

“Ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), penutupan industri, ramai hilang kerja kita dapati mereka ini ramai sebab itu PBT (pihak berkuasa tempatan) memudahkan cara mendapatkan mereka tempat untuk berniaga,” katanya, lapor SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Program Pembangunan Usahawan@Shah Alam di Auditorium Dewan Bandaraya Shah Alam, di sini, hari ini.

Bermula Ogos tahun lalu, PBT di Selangor memberi permit sementara kepada peniaga tidak berlesen khususnya golongan berpendatan rendah (B40) yang terjejas akibat Covid-19.

Advertisement

PBT perlu memastikan tapak niaga bersesuaian, menjamin keselamatan serta tidak mendatangkan kacau ganggu.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top