BM | EN | 中文

700 individu, penyewa dan kakitangan Angsana Johor Bahru Mall jalani saringan pandu lalu

plaza-angsana.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 21 DIS: Seramai 700 individu terdiri daripada penyewa dan kakitangan kompleks membeli belah Angsana Johor Bahru Mall, menjalani saringan COVID-19 secara pandu lalu pada 18 Dis lepas.

UDA Holdings Bhd (UDA) yang merupakan pemilik Angsana Johor Bahru Mall menerusi kenyataan hari ini berkata, program saringan terbesar di Johor dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu dibuat, bagi mengekang penularan COVID-19.

Katanya, program yang dikhaskan buat penyewa dan kakitangan itu dibuat di perkarangan lobi luar Pintu Masuk Utama kompleks tersebut dengan menyediakan tujuh kaunter saringan.

Advertisement

Menurutnya, program bermula 8 pagi hingga 4 petang itu, dikendalikan seramai 90 kakitangan KKM dibantu 30 kakitangan pengurusan Angsana Johor Bahru Mall, yang membantu menjaga kawalan keselamatan, trafik, perekodan dan prosedur operasi standard (SOP).

“Seramai 700 individu telah disaring serta melibatkan 300 buah kenderaan. Terdapat juga individu yang hadir dengan berjalan kaki, menerusi program saringan pandu lalu ini 100 peratus kakitangan kompleks Angsana Johor Bahru Mall telah disaring.

“Sebelum ini, 41 peratus daripada keseluruhan kakitangan telahpun mengambil inisiatif dengan membuat saringan dengan pihak swasta yang berdaftar,” katanya.

Advertisement

Menurutnya, Angsana Johor Bahru Mall juga dalam masa sama telah menjalani kerja-kerja santiasi di setiap premis sebagai langkah pencegahan serta penyediaan pembukaan semula kompleks berkenaan esok.

Bernama

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top