BM | EN | 中文

70 MANGSA BANJIR DI KOTA TINGGI PAGI INI

banjir.jpg
Advertisement

KOTA TINGGI 12 DIS: Setakat pukul 8 pagi hari ini, seramai 70 penduduk daripada enam perkampungan di daerah ini masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir yang masih dibuka.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor dalam satu kenyataan memberitahu, kesemua mangsa itu terdiri daripada 21 buah keluarga.

“Dua PPS yang masih beroperasi adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Ramunia dan SK Mawai.

Advertisement

“Perkampungan yang masih terjejas adalah Kampung Parit Baharu, Kampung Changi, Kampung Jumis Bukit Raja, Kampung Mawai Baru, Kampung Mawai Lama dan Kampung Haji Mohd Jambi,” katanya.

Tambah kenyataan itu, PPS yang masih beroperasi akan ditutup sekiranya cuaca bertambah baik.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top