BM | EN | 中文

691 kes baru Covid-19 hari ini dengan empat kematian

dg-hisham-6-okt.png
Advertisement

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Hari ini 691 kes baharu positif COVID-19 di Malaysia direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sebanyak 13,504 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut memaklumkan, empat kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan kes sebanyak 141.

Daripada 691 kes positif yang dilaporkan hari ini, 688 adalah kes penularan tempatan dan hanya tiga kes import.

Advertisement

Terdapat 87 kes sembuh menjadkan jumlah kumulatif yang pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan discaj daripada wad adalah sebanyak 10,427 kes.

Sementara itu terdapat 31 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan orang daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah keseluruhan kes positif adalah 13,504 kes dengan 77.22 peratus kadar sembuh bersamaan 10,427 3 pesakit, manakala 141 kematian bersamaan 1.04 peratus.

Advertisement

Sehingga kini sejumlah 2,936 kes aktif pada kadar 21.74 peratus dari keseluruhan kes positif COVID-19 dengan kebolehjangkitan yang telah diasingkan dan sedang dirawat.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top