BM | EN | 中文

670 JALAN KAMPUNG DINAIKTARAF DAN DILEBARKAN

Gmbr-fail-solihan.jpg
Advertisement

ISKANDAR PUTERI, 27 NOV : Sebanyak 670 buah jalan kampung sedia ada dan jalan baru yang meliputi 784 kilometer telah dinaiktaraf dan dilebarkan sejak Oktober 2016 hingga Oktober tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd Solihan Badri berkata, pencapaian kerja-kerja ini adalah di daerah Johor Bahru, Pontian, Kulai, Kota Tinggi, Mersing, Muar, ledang, Segamat, Batu Pahat dan Kluang.

“Kerja-kerja pelebaran jalan melibatkan 318 buah jalan yang meliputi 532km manakala bagi kerja-kerja menaik taraf, sebanyak 352 buah jalan terlibat yang meliputi 252km,” katanya.

Advertisement

Solihan (PH-Tenang) berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Zahari Sarip (BN-Buloh Kasap) tentang jalan-jalan kampung yang telah dinaik taraf dan dibina baru di negeri ini, di Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2020) Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata jalan-jalan negeri yang berada di dalam kawasan Dun Tanjung Surat masih diselenggara oleh syarikat konsesi Teto Engineering Sdn Bhd.

“Pada tahun lepas, syarikat konsesi telah melaksanakan kerja-kerja berkala pavemen dengan kos hampir RM1 juta di jalan Pasir Gogok dan pada tahun ini, sebanyak RM250,000 telah diperuntukkan untuk jalan Feri bagi kerja-kerja berkala pavemen yang telah siap dilaksana ditapak,” katanya.

Advertisement

Solihan menjawab soalan Datuk Syed Sid Syed Abdul (BN-Tanjung Surat) tentang syarikat konsesi yang menyelenggara jalan-jalan negeri di kawasn Dun Tanjung Surat, berikutan kerja-kerja penyelenggaraan telah lama tidak kelihatan.

“Untuk makluman juga, terdapat sebahagian jalan yang berada di dalam Dun Tanjung Surat dalam proses nyah warta daripada jalan persekutuan dimana apabila selepas proses nyah tersebut selesai, jalan tersebut akan diwartakan di dalam jalanraya negeri,” katanya.

JohorKini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top