BM | EN | 中文

666 kes Covid-19 di Johor setakat 1 Mei

Vidyananthan-Ramanadhan.jpg

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan

Advertisement

JOHOR BAHRU, 2 MEI: Hanya tiga kes baru positif Covid-19 dicatatkan di Johor semalam, menjadikan jumlah kumulatif sehingga 1 Mei di negeri ini kepada 666 kes.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan tiga kes baharu ini merupakan kes import dari Singapura.

“Sehingga semalam Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah melaporkan penambahan sebanyak 3 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 666 kes.

Advertisement

“Bagi 1 Mei 2020, tiada kes kematian direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian di negeri Johor adalah kekal sebanyak 18 orang,” kata Vidyananthan dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan, sehingga 1 Mei, jumlah kes kumulatif sembuh di negeri Johor adalah sebanyak 398 kes.

“Diharapkan statistik kes sembuh dan discaj bagi negeri Johor akan terus meningkat untuk hari berikutnya,” katanya lagi.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top