BM | EN | 中文

6,474 kg sampah dibersihkan sempena World Cleanup Day 2020 di Johor

6474-kg-sampah-dibersihkan-sempena-World-Cleanup-Day-2020-di-Johor.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 24 SEPT: SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah melaksanakan pengauditan sisa (waste audit) ke atas 6,474 kilogram sisa pepejal yang telah dibersihkan sempena program World Cleanup Day 2020 di 11 lokasi di negeri Johor.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, seramai 1,400 sukarelawan daripada 53 organisasi yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institut pengajian tinggi (IPT), agensi awam dan swasta turut terlibat.

Beliau berkata aktiviti pembersihan itu dilakukan secara serentak di 11 lokasi di Johor bagi menjayakan matlamat kerajaan menjadikan Malaysia negara bersih, indah dan sejahtera di samping membentuk kesedaran di kalangan masyarakat tentang kebersihan dan pemulihan alam sekitar.

Advertisement

Mohd Norlisam menambah, pihak SWM Environment juga berasa amat teruja kerana menjadi tuan rumah bersama SWCorp apabila negeri Johor dipilih sebagai lokasi pembersihan peringkat kebangsaan pada 22 September lalu.

Ia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib bertempat di Kampung Ladang dan Kampung Pendas Baru, Gelang Patah.

Menurut beliau lagi, pihak SWM Environment turut mengadakan aktiviti pembersihan pantai secara serentak yang mendapat kerjasama dan sokongan Coca-Cola Bottlers Malaysia Sdn. Bhd. (Coca-Cola)

Advertisement

Program itu bertempat di Pantai Teluk Gorek, Mersing dan Pantai Perpat, Batu Pahat bertemakan Sinergi Untuk Ekologi Bersama dengan matlamat memulihara hidupan marin dan seterusnya mengekalkan kelestarian ekosistem demi kesinambungan generasi masa hadapan.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top