BM | EN | 中文

64 pasukan sertai Pertandingan Sepak Penalti Terbuka Johor 2019 

adun-johor-lama.jpg

Rosleli (dua, kanan) beramah mesra dengan peserta Pertandingan Sepak Penalti Terbuka Johor 2019

KOTA TINGGI, 25 DIS : Pertandingan Sepak Penalti Terbuka Johor 2019 yang dianjurkan di Felda Air Tawar 3, di sini berjaya menarik penyertaan sebanyak 64 buah pasukan.

Adun Johor Lama, Rosleli Jahari berkata, program dianjurkan dilihat sebagai satu platform yang amat baik terutama dalam menarik golongan belia terlibat dengan aktiviti yang sihat.

“Program seperti ini wajar dianjurkan lebih kerap untuk memenuhi masa anak-anak muda kita agar mereka tidak terjebak dengan kegiatan lain yang tidak bermoral.

“Dalam masa sama program ini dapat melahirkan belia yang sihat dan cergas,”katanya kepada JohorKini selepas hadir merasmikan program tersebut.

Tambahnya, pertandingan itu juga dapat menggilap bakat anak muda dan dalam masa sama dapat melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan tersebut.

Terdahulu, pertandingan itu dianjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Felda Air Tawar 3 dan juga agensi Institut Integriti Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato’ Onn (IKLAS).

Penganjurannya menawarkan hadiah RM3,000 untuk tempat pertama, tempat kedua RM1,500 tempat ketiga RM600 manakala keempat dan kelima RM300 juga RM150.

JohorKini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top