BM | EN | 中文

6,000 bungkusan makanan diagih kepada penduduk parlimen Pulai

bantuan-parlimen-pulai.jpg
Advertisement

JOHOR BAHRU, 16 JUL: Sebanyak 6,000 bungkusan makanan disediakan ahli parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub untuk membantu golongan terjejas di kawasan itu.

Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pulai (PKRPP) Sharon Teo berkata, terdapat penambahan golongan terjejas semenjak 1 Jun yang lalu.

“Kita mendapat maklumat bahawa terdapat sebilangan dari penerima sumbangan yang tidak menerima sebarang bantuan kerana rekod diterima penyumbang seperti jabatan dan agensi kerajaan merujuk kepada pendapatan sebelum perintah kawalan pergerakan (PKP).

Advertisement

“Ini membuatkan ramai pihak yang tercicir dalam menerima bantuan kerana data dan rekod yang tidak dikemaskini,” jelasnya lagi.

Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor itu turut berterima kasih kepada penyumbang yang memberi sokongan untuk menjayakan program tersebut.

“Ada di kalangan individu yang turut menyumbang ke PKRPP dalam usaha kami untuk membantu golongan terjejas.

Advertisement

“Kita berterima kasih kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan program sumbangan. Ini usaha kita dalam meringankan bebanan yang ditanggung penduduk setempat.

“Agihan diberi kepada golongan yang betul-betul terkesan ketika PKP dilaksanakan.

“Turut diakui, parlimen Pulai turut memiiki golongan dikatakan sebagai ‘miskin bandar’. Ini menjadi amanah untuk kita membantu mereka,” jelasnya.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top