BM | EN | 中文

60 usahawan PKS Johor sertai Karnival Keusahawanan Kluang 2019

geran-orang-lokal-2019.jpg

Sheikh Umar (tengah) menyerahkan replika cek Geran Orang Lokal (GOL) kepada penerima di majlis perasmian Karnival Keusahawanan Kluang 2019 di Kompleks Pekan Rabu, Kluang

Advertisement

KLUANG, 21 DIS: Kira-kira 60 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Johor menyertai Karnival Keusahawanan Kluang (KKK) 2019 yang berlangsung selama empat hari di Kompleks Pekan Rabu, disini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata, KKK 2019 menyediakan ruang dan platform untuk penduduk setempat yang ingin menceburi bidang keusahawanan.

“Para usahawan berpeluang mendapatkan maklumat terkini mengenai inisiatif kerajaan negeri dalam usaha menyokong pembangunan PKS.

Advertisement

“Secara tidak langsung, hal ini dapat mengubah landskap ekonomi setempat dengan penglibatan komuniti ke arah keusahawanan,” kata Sheikh Umar pada majlis pelancaran KKK 2019 di Pekan Rabu, Kluang, semalam.

Katanya, pemilihan Kluang bersempena karnival ini bertepatan dengan potensi daerah ini yang memiliki persekitaran industri berasaskan alam semulajadi dan hasil buminya.

“Ia merangkumi tiga kluster utama iaitu pertanian, eko-pelancongan, dan pembuatan berasaskan sumber.

Advertisement

“Pemilihan Kompleks Pekan Rabu Kluang untuk Karnival Keusahawanan Kluang 2019 ini juga amat tepat dan strategik untuk memberi peluang kepada peniaga-peniaga tempatan yang berpotensi menjalankan perniagaan mereka.

“Ia sekaligus meningkatkan kebolehpasaran produk dan perkhidmatan usahawan-usahawan ini,” kata Sheikh yang juga Adun Paloh.

Tambahnya, pelbagai usaha telah diambil oleh kerajaan negeri dalam melahirkan usahawan yang mampu berdaya saing, antaranya melalui penyediaan lebih dari 18 aktiviti sepanjang karnival ini berlangsung.

Advertisement

“Saya percaya, usahawan-usahawan tempatan boleh mengambil peluang dalam meningkatkan aspek nilai kebolehan dan kemahiran dalam skop keusahawanan,” kata Sheikh lagi.

Johorkini

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top