BM | EN | 中文

60 PPS DITUTUP, MANGSA BANJIR JOHOR MENURUN

IMG-20191218-WA0026.jpg

Pegawai JKR mengukur kedalaman air di laluan Kota Tinggi-Mersing (gambar ehsan JKR Johor)

Advertisement

JOHOR BAHRU, 18 DIS: Sebanyak 60 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di negeri ini ditutup.

Penutupan itu menjadikan jumlah yang dibuka hanya 47 buah sehingga jam 6 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon, memaklumkan mangsa banjir kini berjumlah 3,363 orang dari 904 keluarga dan kini ditempatkan di 47 buah PPS di enam buah daerah.

Advertisement

Daerah Segamat mencatatkan jumlah teramai setakat ini dengan 1,120 mangsa banjir dari 283 keluarga di tempatkan di 18 PPS, diikuti Mersing dengan 857 mangsa banjir dari 229 keluarga yang ditempatkan di sembilan PPS.

Kluang mengalami penurunan ketara mangsa banjir yang kini berjumlah 583 orang dari 174 keluarga dan ditempatkan di tujuh PPS, diikuti Kota Tinggi dengan 458 mangsa dari 138 keluarga di enam PPS.

Keadaan tidak banyak berubah di Pontian yang mencatatkan 237 mangsa banjir dari 55 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS, manakala daerah Batu Pahat mengalami sedikit peningkatan iaitu seramai 108 mangsa banjir dari 25 keluarga di empat PPS.

Advertisement

Dalam kenyataan sama Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor turut memaklumkan jalan-jalan utama yang dinaiki air dan ditutup sebelum ini boleh dilalui semula.

Satu jalan daerah yang ditutup kepada semua kenderaan berikutan cerun runtuh sepanjang 10 meter di Felda Aping Timur.

Dua jalan lain di Kota Tinggi iaitu di antara Felda Tenggaroh 2 ke Felda Tenggaroh 3 ditutup separuh akibat cerun runtuh dan Jalan Lok Heng-Mawai-Sg. Mas dekat Sg. Semalok yang ditutup kepada kenderaan kecil akibat dinaiki air setinggi 0.4 meter.

Advertisement

Johorkini

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top