BM | EN | 中文

60 peratus individu dewasa di Selangor lengkap dua dos akhir Ogos – Menteri Besar

amirudin-shari.jpg

Gambar Ehsan SelangorKini

Advertisement

SHAH ALAM, 4 OGOS: Selangor mampu mencapai 60 peratus golongan dewasa lengkap menerima dua dos vaksin Covid-19 menjelang penghujung bulan ini, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya, kadar itu boleh dicapai berdasarkan kemajuan pemberian pelalian yang kini mencecah 30 peratus menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan Vaksin Selangor (Selvax).

Jelasnya, pemberian vaksin yang giat dilakukan kini membantu meningkatkan kadar liputan kepada 50 peratus dalam tempoh 20 hari dan melebihi 50 peratus atau hampir 60 peratus menjelang penghujung bulan ini.

Advertisement

“Kalau dapat 65 peratus kita sudah mencapai imuniti kelompok secara teknikal, namun kita tidak mudah berpuas hati dan hendak mencari di bawah termasuk beri penumpuan kepada warga asing.

“Mulai semalam di peringkat pusat dan negeri, kita juga mula memberikan vaksin secara datang terus kepada mereka belum mendaftar,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, semalam.

Terdahulu, Amirudin dilaporkan SelangorKini berkata beliau juga sudah meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nor Azmie Diron mengarahkan ketua komuniti mencari individu belum divaksin di kawasan masing-masing bagi meningkatkan jumlah penerima vaksin.

Advertisement

Jelasnya, berdasar data Kerajaan Negeri, Klang dan Gombak mencatat jumlah pemberian vaksin terendah yang mungkin berlaku disebabkan ada penduduk di daerah itu menerima vaksin di Kuala Lumpur.

Selangor berjaya mencatat kadar pemberian vaksin Covid-19 harian melebihi 150,000 dos pada Julai, melepasi sasaran harian sebanyak 135,000 dos.

Jumlah itu tidak termasuk kadar vaksinasi harian menerusi program Selvax membabitkan 15,000 dos sehari.

Advertisement

Johorkini

 

Advertisement

Share this post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top